Nik Aziz Jual Islam - Wakil Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Kelantan mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi denga pihak yang mempersendakan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana dendamnya dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Kita perlu perbetulkan semua ini. Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

"Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Md Alwi menegaskan, pemimpin Umno perlu membuang sikap "sombong" yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berlandaskan Islam.

"Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

"Apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah," katanya.

Tambahnya, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

"Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

"PAS ini celaru," ujarnya.

Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Ketereh berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

"Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

"Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

"Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat," katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula Selasa lalu dan akan tamat pada Sabtu ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan