Melayu Jangan Abaikan Kaum Lain

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pemimpin kanan Umno menyifatkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2010 sebagai ucapan yang sangat bermakna dan bersejarah.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ucapan dasar Presiden parti telah mengesahkan kedudukan orang Melayu dan menganjakkan landskap politik serta sosio-ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita akan mengorak langkah ke hadapan memperkukuhkan perjuangan yang telah kita warisi tetapi pada masa sama berlaku adil kepada kaum-kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2010 di Dewan Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis.

Najib dalam ucapannya berkata hak dan keistimewaan orang Melayu dilindungi sepenuhnya serta terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat dan ia wajar diterima oleh semua kaum di negara ini.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat oleh bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, ucapan Presiden Umno pada kali ini juga merupakan satu peringatan kepada ahli-ahli Umno supaya mereka berubah demi kelangsungan perjuangan parti pada masa hadapan.

“Kita harap ia dapat diterjemahkan kepada tindakan dan strategi untuk mendekati rakyat demi mempertahankan kedudukan parti keramat ini. Jangan hanya marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar, itu penekanan yang dibuat oleh Presiden Umno,” katanya.

Hishammuddin menegaskan, setiap ahli parti perlu ada jujur dan ikhlas untuk membangunkan agama, bangsa dan tanah air bukan untuk kepentingan sendiri sebaliknya bagi memastikan rakyat Malaysia berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cukup tersentuh dengan ucapan dasar presiden kali ini berkata inilah ucapan yang dinanti-nantikan oleh kepimpinan Umno dan perwakilan parti.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan