Dewan Solat Jumaat PWTC Mampu Tampung 7,000 Jemaah

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ruang solat Jumaat sementara yang disediakan untuk jemaah lelaki esok di Dewan Tun Razak aras empat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Perhimpunan Agung Umno telah siap untuk digunakan esok.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi PWTC, Fadzilah Said berkata, dewan itu dijangka mampu memuatkan hampir 7,000 jemaah yang hadir ke Perhimpunan itu.

"Kerja-kerja pengubahsuaian dewan itu akan terus dijalankan dan sehingga malam ini bagi memastikan jemaah berasa selesa esok," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Katanya, lebih 10 sukarelawan turut membantu dalam menyiapkan saf jemaah.

Tinjauan mStar Online ke dewan itu mendapati para petugas sedang sibuk menyusun sejadah dan pengunjung mula menggunakan dewan itu untuk mengerjakan solat Zohor.

Dalam pada itu, Fadzilah berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membaca khutubah dan mengimamkan solat Jumaat esok.

Katanya lagi, surau Ar-Rahman yang sedia ada di tingkat satu tetap akan dibuka kepada jemaah wanita yang ingin menunaikan solat.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan