Bina Landasan Baru Hubungan Antara Kaum - Najib - Berita Semasa | mStar

Bina Landasan Baru Hubungan Antara Kaum - Najib

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Landasan baru perhubungan kaum di Malaysia perlu dibina bagi memastikan asas kepada sebuah negara berbilang kaum dan agama kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, dua prinsip penting perlu diaplikasikan oleh orang-orang Melayu serta bumiputera dan kaum-kaum lain di negara ini.

"Pertamanya ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan keduanya ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Khamis.

Selain itu Perdana Menteri berkata, sejarah membuktikan bahawa kejayaan yang dikecapi negara pada hari ini adalah hasil sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum.

Bagaimana keharmonian yang dikecapi oleh rakyat berbilang kaum di negara ini kian terhakis kerana wujudnya pihak-pihak tertentu yang cuba mentafsir semula ikarar perpaduan demi kepentingan kelompok masing-masing.

"Ketegangan akan timbul apabila sejarah dienteng atau dilupakan akibat perjalanan masa ataupun ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mentafsir semula sejarah sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

"Apabila ada pihak yang mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang dilundingi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati kepada kita yang terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

"Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu," katanya.

Jelasnya lagi, jika polimik berkenaan tidak ditangani dengan baik, ia dikuatiri akan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

Najib juga mengingatkan bahawa kedudukan orang Melayu serta bumiputera dan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan