Bilik Gerakan Jerebu Dibuka Di Muar

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Bilik gerakan jerebu dibuka di daerah ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.

Pegawai Daerah Muar Mislan Karmani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Muar berkata jawatankuasa yang turut dianggotai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan itu akan menyelaras tindakan yang perlu dibuat mengikut pelan tindakan yang ditetapkan bergantung kepada situasi semasa.

"Catatan IPU pada tengah hari ialah 432. Kami akan memantau keadaan kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata orang ramai dinasihat memakai topeng penutup mulut ketika berada di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mengalami masalah kesihatan.

Pengarah Pelajaran Johor Sufaat Tumin berkata pihaknya akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar pentadbiran sekolah di daerah ini menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya. Sufaat berkata pihaknya akan menghubungi Pengetua dan Guru Besar malam ini bagi memastikan mereka mematuhi arahan Menteri Pelajaran berhubung penutupan sekolah.

"Kita juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Bencana Daerah bagi memantau keadaan terkini di Muar," katanya.

Beliau berkata ketika ini hanya ada satu pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Muar tetapi keputusan sama ada untuk meneruskan peperiksaan itu esok bergantung kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Dr Robia Kosai berkata belum ada laporan penyakit berkaitan jerebu diterima pihaknya setakat ini.

"Keadaan masih terkawal. Kami menasihatkan orang ramai terutama yang menghidap penyakit berkaitan paru-paru seperti lelah supaya tidak keluar dari rumah ataupun memakai topeng muka bagi mengelak terdedah kepada habuk," katanya.

Robia berkata buat masa ini pihak sekolah tidak digalak mengadakan aktiviti di luar bangunan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Melayu Parit Jawa Zainal Abdul Jalil pula berkata sebuah bot nelayan hampir berlanggar dengan kapal dagang apabila tidak dapat mengesan kehadiran kapal berkenaan disebabkan jarak penglihatan yang terhad.

"Kebanyakan nelayan menggunakan GPS (peranti sistem kedudukan global) bagi membolehkan mereka pulang ke pangkalan dengan selamat tetapi apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berlaku perlanggaran dengan kapal lain berikutan jarak penglihatan pada masa ini kurang dari 50 meter.

"Sehubungan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini, pihak persatuan menasihatkan nelayan supaya tidak turun ke laut ketika jerebu teruk," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan