Tindakan Tegas Kepada Pihak Salah Guna Logo Halal Dan Kelirukan Pengguna

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa bertindak tegas terhadap mana-mana hotel atau premis makanan yang didapati menyalahgunakan logo halal termasuk menggunakan apa-apa perbahasaan yang boleh mengelirukan pengguna tentang status halalnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jika disabitkan, hotel atau premis berkenaan boleh didenda sehingga RM250,000 mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975 bagi kesalahan pertama.

"Bagi kesalahan kedua pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000," katanya ketika menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Sapawi dalam soalannya ingin tahu mengenai tindakan kerajaan terhadap hotel-hotel yang tidak melaksanakan pensijilan halal di premis makanan hotel berkenaan.

Jamil Khir berkata antara contoh penggunaan perbahasaan yang mengelirukan adalah "Bufet Ramadan" dan "Ditanggung Halal", di mana pengguna boleh keliru bahawa perkataan-perkataan itu membawa pengertian halal, walaupun pada hakikatnya tidak.

Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas semua premis makanan, termasuk yang tidak memiliki sijil halal daripada dua jabatan itu, bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Bagi tempoh Ogos 2009 sehingga Oktober ini, sebanyak 1,409 aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan di mana 19 kes sudah diambil tindakan oleh KPDNKK mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan menurut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975, katanya.

Beliau menjelaskan permohonan sijil halal adalah secara sukarela yang menyebabkan Jakim dan JAIN tidak mempunyai kuasa untuk memaksa hotel-hotel atau premis makanan untuk memohon sijil halal bagi dapur mereka. "Bagaimanapun, kita boleh mengambil tindakan kepada pemegang sijil halal yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi pengesahan sijil halal mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan