SPAD Dijangka Kuat Kuasa Peraturan Pada Januari 2011 - Berita Semasa | mStar

SPAD Dijangka Kuat Kuasa Peraturan Pada Januari 2011

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka beroperasi sepenuhnya serta menguatkuasakan semua peraturan berhubung sistem pengangkutan awam mulai Januari tahun depan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata SPAD, yang ditubuhkan pada 3 Jun lepas, kini beroperasi di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan hanya boleh menguatkuasakan peraturan apabila ia diluluskan oleh Parlimen.

Bagaimanapun, beliau berkata Akta Pengangkutan Jalan (APJ) sedia ada perlu dipinda supaya akta SPAD selaras dengannya.

"Pindaan APJ telah dibentangkan untuk bacaan pertama (di Parlimen), dan bacaan kedua akan dilakukan tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan perkhidmatan VIP KLIA Ekspres, iaitu perkhidmatan eksekutif mengambil penumpang dari rumah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Rabu.

Syed Hamid berkata selepas APJ dipinda, akta SPAD akan meliputi kebanyakan akta berkaitan dan menjadikannya lebih seimbang. Beliau berkata ketika ini, SPAD telah beroperasi seperti yang dirancang, namun tidak menguatkuasakan sebarang peraturan.

"Kami menjalinkan kerjasama erat (dengan agensi berkaitan) seperti jabatan kereta api, kami juga berinteraksi dengan lembaga perlesenan. Jadi, kami bukanlah langsung tidak berbuat apa-apa," katanya.

SPAD merupakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (KNRA) yang diumumkan kerajaan dan bermatlamat membaik pulih serta meningkatkan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Mengenai perkhidmatan VIP KLIA Ekspres yang dilancarkan pada 2004 dan menawarkan perkhidmatan eksklusif pintu-ke-pintu antara KLIA dan destinasi di bandar termasuk hotel, pejabat dan tempat pelancongan, Syed Hamid berkata ia akan dilanjutkan ke kawasan kediaman sekitar Lembah Kelang.

Bayaran perkhidmatan VIP ialah RM135 seorang bagi zon 1 yang dihadkan duntuk jarak 10 hingga 15 kilometer dari stesen KL Sentral, dan RM185 bagi zon 2 bagi kawasan yang berada dalam lingkungan 40 kilometer.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-22789009 atau lawati laman web www.VIPservice.com.my. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan