Sekolah Satu Aliran Dengan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Dicadang

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Umno hari ini mencadangkan agar sistem persekolahan dalam negara hanya mempunyai satu aliran, dengan Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar, bagi memupuk perpaduan di kalangan pelajar.

Ketua Wanita Umno Bahagian Lenggong Datuk Khamsiyah Yeop berkata bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Mandarin, Jepun atau Jerman boleh diajar sebagai bahasa pilihan atau elektif, yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada para pelajar apabila mereka dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.

"Kalau ini dilaksanakan barulah slogan 1Malaysia, 1Bahasa, 1Negara; berjaya," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita Umno pada Perhimpunan Agung Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.

Sementara itu Khamsiyah berkata Program Anak Permata Negara (PAPN) perlu diperluaskan lagi agar lebih ramai kanak-kanak dalam negara dapat didedahkan dengan pendidikan canggih ala pusat kecemerlangan Peen Green di England itu.

Beliau berkata lebih baik lagi sekiranya program itu dapat diwujudkan di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat dan institusi-institusi pengajian tinggi untuk kemudahan pegawai-pegawai wanita yang memerlukan penjagaan sempurna untuk anak-anak mereka terutama selepas beberapa kes kecuaian di pusat-pusat asuhan swasta dilaporkan di media sejak kebelakangan ini.

"Pada hemat saya program ini cukup baik serta lengkap dengan tujuan mewujudkan insan yang seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan," katanya.

"Kajian oleh sebuah universiti tempatan mendapati 80 peratus daripada kanak-kanak yang menjalani program ini boleh menggunakan ayat dengan baik, pandai mengurus diri serta bersifat mesra, mudah mengikut arahan, juga amat berdisiplin," katanya.

PAPN merupakan inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga merupakan penaung program itu.

Ia memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara terancang serta bersepadu, yang bakal menjadi penyumbang utama kepada pembangunan modal insan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan