"Saya Cukup Masa Bantu Umno Kedah," Kata Shafie

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau mempunyai masa yang cukup untuk membantu Umno Kedah untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.

Sambil menafikan beliau kesuntukan masa untuk ke Kedah dan menjalankan amanah yang diberikan kepadanya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, beliau berkata apa yang penting ialah pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda berterusan turun padang melakukan gerak kerja.

"Tidak menjadi masalah. Bukan masalah tidak cukup masa...cukup masa. Cumanya mungkin jawatan itu perlu diberikan kepada orang Kedah untuk ambil alih. Tugas saya cumalah untuk membantu.

"Saya diminta Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu Kedah. Kalau pihak pimpinan mahu kita (bantu), dengan senang hati kita akan bantu. Saya membantu untuk memberikan Umno (Kedah) bangkit semula supaya kita dapat merampas kembali Kedah," katanya kepada Bernama mengulas kenyataan wakil Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Basorri Hassan, di sini, Rabu.

Bassori dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, meminta Umno pusat mengkaji semula pelantikan Mohd Shafie sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memandangkan beberapa kekangan yang memberi masalah terhadap usaha Umno merampas semula negeri itu.

Antara kekangan yang dimaksudkan perwakilan itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sentiasa mempunyai masa yang terhad untuk menunaikan tanggungjawabnya di Kedah selain sibuk dengan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Semporna dan Naib Presiden Umno.

Mohd Shafie juga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya diminta berundur oleh pucuk pimpinan tetapi menegaskan itu bukannya persoalan pokok yang harus dibangkitkan sekarang.

"Ini bukan tempat saya dan saya faham. Jawatan itu perlu disandang oleh orang Kedah, tapi pelantikan saya ini hanya bersifat sementara sahaja.

"Persoalannya ialah, apa yang penting ialah gerakan menjuarai kepentingan masyarakat mestilah diutamakan. Saya tidak pernah mengejar jawatan sebaliknya hanya diminta untuk membantu parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan