Rosnah Mahu Puteri UMNO Ketepi Kepentingan Peribadi

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan semua ahlinya meneruskan perjuangan parti dengan mengenepikan kepentingan peribadi.

Beliau menyeru supaya ahli kembali kepada tujuan asal ketika menyertai parti.

Katanya, semangat 'jangan tanya apa yang parti boleh beri kepada kita, tetapi tanya apa yang kita boleh beri kepada parti' mesti dikembalikan dalam setiap diri ahli Umno sejajar dengan perjuangan asal parti.

"Jika ada dikalangan kita yang bertanding kerana merebut jawatan dalam parti,ketepikan niat itu.

"Kita mesti merapatkan barisan demi meneruskan perjuangan parti tanpa mengira sama ada kita berjawatan atau tidak," katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2010 sayap itu di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Rosnah berkata, setiap ahli mesti mengambil teguran yang diberikan oleh pihak luar terhadap Puteri sebagai peringatan untuk bekerja lebih keras dalam memastikan perjuangan parti terlaksana.

Beliau turut menegur ahli-ahli yang melemparkan fitnah sesama sendiri dan mengadu domba sehingga mengundang kenyataan dari pihak luar.

"Adat tegur menegur adalah biasa yang menjadi asam garam.Apatah lagi dalam keluarga besar yang 'anak-anaknya' masih remaja dan mempunyai pelbagai ragam.

"Tidak perlu ia dipanjang-panjangkan," katanya.

Sementara itu, Rosnah turut kesal dengan pihak yang ingin melihat kejatuhan Puteri Umno dan suara yang meminta Puteri Umno dibubarkan.

Bagaimanapun beliau meminta semua ahli tidak cepat melatah dengan ancaman itu dan percaya ada sebab disebalik cakap-cakap begitu.

"Mesti ada sebab kata sebegitu timbul. Mungkin kita kadang-kala terlupa akan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Kita mesti mengubah kata-kata itu kepada prestasi yang lebih baik bagi membuktikan kesungguhan kita," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan