PKR, SAPP Cari Kata Sepakat Calon Batu Sapi

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) akan berbincang di sini Khamis, bagi mencari kata sepakat mengenai calon untuk menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

Pertemuan itu dipercayai diatur setelah penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meminta SAPP supaya tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PKR.

Ketika diminta mengulas pertemuan itu, Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Majimbun berkata Majlis Tertinggi parti itu telah membuat keputusan untuk bertanding di Batu Sapi dan keputusan itu tidak mungkin diubah.

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding," kata Majimbun.

Bagaimanapun, katanya, SAPP sedia membincangkan kerjasama dengan PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Lagipun, dalam politik apa saja boleh berlaku," kata Majimbun.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Edmond Chong Ket Wah daripada BN akibat satu nahas jalan raya pada 9 Oktober. Dalam pilihan raya umum lepas, Chong yang juga Bendahari Parti Bersatu Sabah, menewaskan calon Bebas, Dr Chung Ong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk hampir 16,000 pengundi Bumiputera dan lebih 9,700 pengundi Cina.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan