Pemuda Umno Mahu Peranan Utama Corak Masa Depan Negara

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menuntut supaya sayap itu diberikan peranan dan tanggungjawab yang lebih besar dalam mencorakkan masa depan negara.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, hingga kini ruang untuk memperkasa dan mengupayakan generasi muda dalam Umno masih sempit walaupun parti itu lebih bersifat inklusif di bawah pimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Namun keterbukaan itu masih belum ditarikan oleh semua, masih ada yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan yang lebih luas untuk orang muda.

"Orang muda amnya amat berharap agar Umno bersikap lebih terbuka kepada Pemuda," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Agung Tahun Pergerakan Pemuda Umno di sini, Rabu.

Selain itu beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya melihat Pemuda sebagai ancaman dan juga kelompok yang hanya mengejar jawatan.

"Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman. Berikanlah kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi.

"Saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa atau tamak projek, tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa dan pencetus semangat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan