Pembinaan Warisan Merdeka Tak Akan Guna Wang Pelabur Atau K'jaan - PNB

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB)- pemaju mercu tanda baru ibu kota - Warisan Merdeka yang akan dibina di tapak sekitar Stadium Merdeka dengan nilai kos pembangunan RM5 bilion tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan mereka sendiri.

Bagaimanapun katanya, PNB sentiasa boleh mencari atau memperolehi pinjaman daripada sumber lain atau pasaran selagi mereka mampu memaksimakan pendapatan mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan bagi menjelaskan kedudukan sebenar projek tersebut.

Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkannya dalam pembentangan bajet di Parlimen Jumaat lalu, pelbagai pihak telah mempersoalkan dari manakah pihak PNB akan memperolehi dana bagi membangunkan projek mega tersebut.

Malah Najib sendiri telah menjelaskan bahawa projek tersebut bukanlah sebuah projek inisiatif kerajaan.

PNB yang merupakan sebuah agensi berasaskan pelaburan buat masa ini mengurus dana bernilai lebih RM140 bilion dengan memiliki kepentingan dalam lebih 300 syarikat yang disenaraikan dan juga syarikat persendirian.

Sebahagian daripada projek Warisan Merdeka itu adalah menara setinggi 100 tingkat yang bakal menjadi mercu tanda baru ibu kota.

Kerja-kerja pembinaan projek ini akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan