Malaysia Perlu Sokongan Dunia Untuk Maju

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah terlalu kecil untuk berdiri sendiri tanpa bantuan antarabangsa, kata Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Beliau berkata, negara ini perlu bersatu dengan masyarakat antarabangsa dan menjadi sebahagian daripada mereka.

Katanya, ini bagi membolehkan negara bergerak seiring dengan perkembangan dunia yang merentasi tanpa sempadan.

Beliau berkata, konsep globalisasi dengan perhubungan tanpa sempadan tidak akan membuatkan negara ini kehilangan identiti tetapi akan menambah nilai dikalangan masyarakat dunia.

"Kita boleh sama-sama memainkan peranan sebagai masyarakat dunia dengan membiarkan suara kita didengari," ketika berucap pada hari kedua Forum Antarabangsa yang diadakan hari ini sempena Perhimpunan Agung Umno 2010, di sini, Selasa.

Forum dua hari bertemakan "Pembentukan Warga Global : Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" itu, yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dihadiri 63 wakil 22 parti politik dari 20 negara, Kelab UMNO Luar Negara (KULN) serta delegasi kedutaan asing dan penganalisis politik.

Dalam pada itu, Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, penduduk dunia juga perlu melihat konsep globalisasi itu sebagai satu tindakan positif yang akan memberi keuntungan kepada semua pihak.

Sementara itu, Ahli Parlimen daripada Turki, Salih Kapusuz dalam ucapannya berkata, dalam menyatukan masyarakat dunia, beliau berpendapat pendedahan melalui sistem pendidikan penting dalam mewujudkan rasa tanggungjawab sesama manusia.

Katanya, selain kerajaan, media juga perlu memainkan peranan berkaitan isu global dalam menyatukan semua.

Ini kerana katanya, penulisan dan pendapat yang diutarakan oleh media mampu memberi kesan kepada perkembangan positif terhadap isu berkaitan global.

"Dalam dunia hari ini, media telah menjadi lebih berdikari dan mempunyai kuasa yang mampu memberi kesan mendalam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan