Kerja Keras, Jangan Leka - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno diingatkan supaya terus bekerja keras meraih sokongan dan kepercayaan rakyat tanpa hanya bersandar kepada kelemahan yang wujud dalam parti pembangkang.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Umno tidak boleh leka dan mengharapkan sokongan rakyat akan datang bergolek jika tidak mahu melihat masa depan negara musnah.

Jelasnya perbezaan faundamental antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang amat ketara kerana asas perjuangan dan matlamat mereka berbeza mengikut kepengtingan politik masing-masing.

"Bagi BN, gagasan kita jelas iaitu 1Malaysia, tapi bagi pembangkang mereka umpama Cerberus iaitu raksasa hodoh di dalam hikayat klasik Rumani dengan tiga kepala terjulur dari badan. Bayangkan betapa susah dan menyesalnya menjadi badan kepada raksasa ni – satu kepala nak makan, satu kepala nak tidur, satu lagi nak jalan, pasti huru hara jadinya.

"Itu belum lagi kalau ketiga-tiga kepala itu bergaduh, saling menggigit hingga boleh terjelepok jatuh di tengah jalan. Politik raksaksa hodoh ini semakin nyata iaitu DAP, sehingga mayat mereka dilangkah, tidak akan sebulu dengan PAS.

"Sungguhpun ada segelintir pemimpin PAS yang berkata penubuhan negara Islam bukan keutamaan demi menjaga hati DAP, tetapi jika ditanya Dewan Pemuda PAS, mereka masih tegar dengan perjuangan ini," katanya ketika menyampaikan ucapan Dasar Perhimpunan Agung Tahun Pergerakan Pemuda Umno di sini, Rabu.

Selain itu beliau berkata, ikatan penyatuan dalam pembangkang hanyalah satu wayang bagi memastikan ikatan rapuh mereka tidak terdedah dan dihidu oleh rakyat.

Menurutnya kecelaruan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menggambarkan wajah sebenar parti tu.

"PKR pula berkecamuk dengan krisis dalaman akibat politik gilakan kuasa sehingga kerusi boleh terbang, pengundi hantu boleh wujud dalam senarai pemilih dan demokrasi dibunuh kerana jawatan tertinggi parti itu dianugerahkan kepada satu keluarga tanpa bertanding.

"Pakatan pembangkang kini bergolak, mereka semakin kusut dan tiada keupayaan untuk mentadbir negeri yang mereka kuasai," katanya.

Justeru beliau mahu Pemuda bangkit dan terus memperjuangkan amanah rakyat bagi membela negara daripada dirosakkan kelompok yang cuba mengadaikan maruah negara.

"Walau badai datang melanda, walau bercerai jasad dan nyawa, pahlawan Pemuda akan terus mengejar Cerberus sehingga ke hujung dunia bagi menghapuskan si biang keladi penjahanam rakyat dan pemusnah negara ini," katanya.

Khairy juga menyeru agar Pemuda bersatu dalam meneruskan matlamat menegakkan agenda perjuangan bangsa.

"Sejarah telah membuktikan bahawa biar apa jua kemelut yang melanda, ahli Umno dari setiap pelusuk tanahair akan bangun menyahut cabaran demi menunaikan amanah perjuangan yang kita dukung bersama.

"Inilah saat dan ketika untuk kita berdiri dalam satu barisan, berlandaskan manhaj perjuangan yang sesuai dengan kehendak zaman dan menunjukkan kekuatan kita sebagai ahli Umno yang tidak gentar diuji walaupun didepani dengan pelbagai ranjau, onak dan duri," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan