Kajian Terperinci Sebelum Laksana Cukai Perkhidmatan Terhadap Stesen TV Berbayar

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat kajian terperinci terutamanya dari segi beban yang ditanggung oleh pemilik televisyen dan masyarakat sebelum melaksanakan cukai perkhidmatan terhadap stesen televisyen berbayar.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebuah Jawatankuasa Penilai diwujudkan untuk menilai impak dan kesannya kepada ekonomi rumah tangga serta perkhidmatan yang diberikan oleh Astro dan beberapa stesen televisyen yang lain.

"Kami akan buat kerja rumah ini secepat mungkin supaya penjelasan yang tepat sama ada terbukti jadi atau pun tidak dapat diberikan," katanya selepas merasmikan Malam Inspitari 2010 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di sini Rabu.

Katanya, isu ini perlu juga dilihat dari sudut bebanan yang ditanggung oleh stesen "percuma untuk siarkan" dan pengeluar program dari segi bayaran langganan stesen televisyen berbayar serta tentang cara mengimbangi nisbah ini dengan kenaikan yang difikirkan oleh pihak berkuasa.

"Ia mudah disebut begitu sahaja tetapi barang sesuatu yang hendak kita laksanakan dalam bentuk pencukaian perlu dihalusi terlebih dahulu," kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2011, Jumaat lepas bahawa kerajaan mencadangkan supaya cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Ditanya mengenai usaha memperkembangkan seni budaya tanahair, Rais menegaskan bahawa generasi muda dari pelbagai kaum perlu mengambil bahagian dalam bidang pementasan seni tempatan dan tarian terutamanya masyarakat minoriti supaya dapat mengambarkan kepentingan dan peranan mereka dalam mempersembahkan tradisi kebangsaan.

"Tradisi tersebut perlu dilengkapkan dan diterapkan secara keseluruhan supaya seni pementasan dan tarian dapat dihalusi," katanya.

Seramai 208 orang artis dari 13 buah Kumpulan Kesenian JKKN seluruh negara mempersembahkan tarian kreasi baru berasaskan imej dan identiti negeri dan masyarakat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan