Kaji Semula Pelepasan Cukai - Puteri Umno

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai untuk rakyat berpendapatan di bawah RM4,000.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sherlin berkata, cadangan itu dibuat bagi memikirkan taraf hidup semasa yang semakin tinggi terutama di bandar besar.

Katanya, survival kehidupan, tuntutan berkeluarga adalah mencabar dalam unjuran pendapatan individu yang sekitar RM1,500 hingga RM2,500.

"Pelepasan cukai bagi individu berpendapatan bawah RM4,000 dapat membantu individu mengurangkan bebanan kos kehidupan terutama di bandar besar.

"Apatah lagi dengan generasi wanita muda hari ini ramai hidup dikota dan baru hendak menapak dalam dunia pekerjaan," katanya ketika memberi ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2010 sayap Puteri di sini pada Rabu.

Rosnah turut mencadangkan kadar pelepasan cukai bagi pendidikan anak-anak mengikut kategori dinaikkan kerana pengecualian sebanyak RM1,000 setahun untuk anak berusia kurang 12 tahun buat masa ini terlalu rendah.

Puteri Umno turut menuntut agar perlepasan kos sara diri, kos perubatan, kos insurans dan lain-lain mengikut keperluan semasa.

"Faktor kenaikkan harga barangan keperluan harian keluarga seperti petrol, tambang, barangan runcit dan sebagainya memberi tekanan kepada individu yang layak," katanya.

Dalam pada itu, Rosnah berkata, data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri juga menunjukkan daripada 11 juta rakyat Malaysia yang layak membayar cukai, hanya 1.5 juta yang melunaskan pembayaran itu.

"Mengapa ini berlaku? Pasti ada sebabnya. Paling jelas kos kehidupan yang meningkat menyumbang kepada perkara ini," ujarnya.

Sementara itu, Rosnah turut mengusulkan kerajaan supaya mewujudkan modul baru latihan semula seiring dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan tahun ini.

Katanya, melalui program itu membolehkan pekerja-pekerja muda menyesuaikan diri dengan sektor berkemahiran tinggi.

"Langkah ini juga penting untuk meningkatkan produktiviti negara selain membantu generasi muda meningkatkan keupayaan diri dalam sektor pekerjaan," katanya.

Beliau berkata, melalui program itu, syarikat tidak boleh lag memberi alasan untuk membayar gaji rendah kepada pekerja.

"Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka untuk jangka panjang," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan