Jangan Hukum Pemuda Kerana Saya - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menuntut supaya sayap itu diberikan peranan dan tanggungjawab yang lebih besar dalam mencorakkan masa depan negara.

Bagaimanapun ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tuntutan berkenaan bukan bersifat peribadi namun bagi memberi peluang yang seluas-luasnya kepada kepimpinan Pemuda di peringkat akar umbi agar lebih berperanan.

"Saya harap kalau betul-betul melihat kita sebagai pewaris perjuangan, lebih banyak peluang perlu diberi kepada Pemuda.

"Ini bukan soal saya, ini untuk anak-anak buah saya. Jangan menghukum mereka kerana saya," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan Dasar Perhimpunan Agung Tahun Pergerakan Pemuda Umno di sini, Rabu.

Menurut beliau, menerusi maklum balas yang diperolehi daripada peringkat akar umbi, masih terdapat Bahagian yang tidak memberikan ruang yang cukup kepada Pemuda.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, hingga kini ruang untuk memperkasa dan mengupayakan generasi muda dalam Umno masih sempit walaupun parti itu lebih bersifat inklusif di bawah pimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selain itu Khairy berkata, semua pihak tidak seharusnya melihat Pemuda sebagai ancaman dan juga kelompok yang hanya mengejar jawatan.

"Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman. Berikanlah kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi.

"Saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa atau tamak projek, tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa dan pencetus semangat," katanya

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan