Gesa Wanita Diberikan Jawatan Pembuat Dasar – Wanita Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Umno Kelantan menggesa pucuk pimpinan parti terus menambah peluang sekurang-kurangnya 30 peratus kepada wanita terutamanya di peringkat pembuat dasar dan sektor pembangunan negara dalam usaha merealisasikan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Ketua Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed berkata, sudah tiba masanya wanita diberikan peranan penting dalam sektor kerajaan, badan berkanun mahupun swasta.

“Bukan itu sahaja, kerajaan Persekutuan dan negeri juga perlu menggubal semula dasar dan sistem sosial yang ada berasaskan perundangan dan lunas-lunas Islam yang holistik. Ini bagi mewujudkan institusi keluarga yang kukuh demi kelangsungan generasi akan datang.

“Kerajaan juga perlu mewujudkan sistem kawalan bagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan menguatkuasakan undang-undang siber bagi menjamin kestabilan sosio-politik, keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya ketika sesi perbahasan Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Rabu.

Sementara itu, wakil Perlis pula mencadangkan supaya Pelan Tindakan Perdangangan dan Perindustrian Wanita Bumiputera diwujudkan bagi mencapai matlamat penglibatan wanita sebanyak 30 peratus sebagai pembuat dasar dan sektor ekonomi dapat dicapai.

“Pelan tersebut akan dipantau oleh satu Jawatankuasa Pemandu Khas bagi memastikan penglibatan wanita dapat dipertingkatkan.

“Bukan itu sahaja, kita mahu kerajaan mewujudkan satu badan khas ini akan memantau dan membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian kemahiran serta profesionalisme graduan Bumiputera,” kata Bendahari Wanita Umno Negeri, Dr Soraya Azmi.

Jelasnya, kerajaan perlu memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar dengan memberikan penekanan kepada kemahiran dalam bidang keusahawanan.

“Kerajaan dan pihak swasta perlu menyediakan infrastruktur sokongan dalam pelbagai bentuk termasuk kemudahan kredit bagi memastikan penambahan wanita dan peningkatan produktiviti negara,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan