Gerakan Sandakan Sedia Bantu BN Menangi Semula Batu Sapi

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Parti Gerakan bahagian Sandakan sedia membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi Parlimen Batu Sapi, kata pengerusinya Au Kam Wah.

"Apabila nama calon BN diumumkan Ahad ini, jentera parti Gerakan bersiap sedia membantu jentera BN Batu Sapi bagi memastikan kemenangan calon BN," katanya pada mesyuarat parti itu di sini Rabu.

Au yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, turut melahirkan keyakinan dengan pemilihan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang juga pengerusi BN negeri, sebagai pengarah pilihan raya kecil Batu Sapi.

Beliau berkata pemilihan Musa adalah tepat dan mampu membawa kemenangan lebih besar kepada calon BN pada pilihan raya kecil Batu Sapi kerana ia akan meyakinkan penduduk di kawasan itu bahawa pembangunan pasti disalurkan kepada mereka.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 26 Oktober untuk penamaan calon, dan 4 November sebagai tarikh membuang undi.

Kawasan itu mempunyai 25,582 pemilih berdaftar, termasuk 1,535 pemilih pos, dan sejumlah 11,321 pengundi tertumpu di kawasan Sekong, manakala 14,261 lagi di Karamunting.

Dalam perkembangan lain, Au berkata persidangan perwakilan Negeri Sabah Ke-14 dan perwakilan Pemuda Ke-12 parti Gerakan akan diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan pada 24 Oktober ini, dan presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dijangka hadir. Katanya, persidangan yang dijadual dirasmikan oleh Musa itu akan memberi peluang untuk meminta anggota parti berkenaan di seluruh Sabah agar sama-sama membantu BN memenangi pilihan raya kecil Batu Sapi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan