Sistem Pendidikan Berkualiti Bukan Berdasarkan Peruntukan Bajet, Kata TPM

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembudayaan sistem pendidikan bukan hanya mengenai perkara peruntukan bajet, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pendidikan berkualiti pada hakikatnya mengenai pembangunan minda, peribadi meningkatkan potensi setiap individu untuk kemajuan masyarakat pembelajaran yang mengiktiraf kepelbagaian budaya, demokrasi, hak asasi manusia, nilai-nilai, kesaksamaan kepada pengetahuan dan pembelajaran sepanjang hayat.

"Ia mengenai bagaimana kita menerusi usaha bersama meningkatkan imej Islam sebagai agama aman, meningkatkan persepsi Muslim sebagai manusia berintegriti, memperbaiki persepsi ke arah peranan isteri dan anak kita dalam pembinaan bangunan dan pembangunan modal insan dan bagaimana kita mungkin perbaiki pembabitan belia kita dalam pembangunan sosial dan ekonomi.

"Menerusi ini, kita boleh perbaiki kualiti kehidupan untuk semua dan menjadikan dunia tempat yang selamat untuk semua," katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pengajian Tinggi Islam dan Penyelidikan Saintifik di sini, Selasa.

Beliau berkata sebagai pembuat dasar, kita bertanggungjawab kepada orang ramai bahawa dasar kita relevan, berkesan dalam menangani isu sosio-ekonomi dan bahawa kita cekap dalam menyampaikan produk.

Bagaimanapun, "kita perlu sedar bahawa persepsi peranan pendidikan sebagai penggerak pembangunan sosio-ekonomi boleh melemahkan sesetengah nilai-nilai asas pendidikan dan mengurangkan peranan penyedia pendidikan kepada pekilang.

"Ingatlah bahawa sebagai penyedia pendidikan, khasnya pada peringkat pendidikan tinggi, sudah pasti ada sumbangan yang lebih luas bahawa pendidikan kepada masyarakat yang luas seperti kepaduan sosial, kesihatan yang lebih baik, membentuk tabiat dan pembangunan fakulti yang kritikal dan kreatif adalah perlu untuk membina satu masyarakat pembelajaran di samping pengetahuan dan kecekapan mestilah seiring dengan konsep pendidikan Islam yang holistik," kata beliau.

Muhyiddin berkata pendidikan tanpa penekanan terhadap pembentukan tabiat sama sekali tidak ada nilai dalam Islam.

"Konsep harmoni Islam dalam pendidikan termasuk pembentukan jenis tabiat tertentu yang berakar umbi seperti kerendahan hati kepada Allah, mencintai sama manusia, ketabahan ketika berduka dan keikhlasan," tambah beliau.

Beliau berkata kecemerlangan pada masa lepas, kita mesti terus memberikan motivasi kepada rakyat kita untuk mengembalikan semula kecemerlangan Islam dan menggalakkan penyelidikan dan mempromosikan inovasi sebagai sebahagaian daripada budaya institusi pengajian tinggi.

Pada masa yang sama, Muhyiddin mengingatkan bahawa pendidik, penyelidik, saintis dan pakar inovasi tertakluk dengan etika.

Beliau juga menyebut bahawa Malaysia telah mengambil beberapa strategi inovasi dalam menuju untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang bukan hanya menyediakan kemakmuran material tetapi juga dengan satu tujuan dan kekitaan untuk rakyat pelbagai bangsa.

"Kita telah mengenalpasti Petunjukan Pencapaian Utama (KPI) bagi mengukur dan memperbaiki kecekapan dan kualiti dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Selain itu, kita mesti ingat bahawa kualiti pendidikan mestilah bermula dari landasan kukuh. Dasar-dasar telah diadakan untuk menyelaras kurikulum untuk semua pusat pra-sekolah, termasuk pusat-pusat swasta bagi memastikan kualiti pendidikan pra-sekolah," kata beliau.

Ini bertujuan untuk menyediakan satu peluang kepada anggota negara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) dan pertubuhan berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu penting mengenai pendidikan tinggi dan penyelidikan saintifik di dunia Islam dan menilai dan membuat susulan mengenai pelaksanaan Strategi Penggalakan Sains, Teknologi dan Inovasi di negara-negara berkenaan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan