Peruntukan Program Angkasawan Kedua Dalam Kajian Separuh Penggal RMK10 - Berita Semasa | mStar

Peruntukan Program Angkasawan Kedua Dalam Kajian Separuh Penggal RMK10

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan memohon peruntukan bagi program angkasawan kedua pada kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pada dasarnya Kabinet bersetuju program angkasawan kedua itu diteruskan dalam RMK10 tetapi peruntukan yang disediakan dalam RMK10 hanya bagi tujuan latihan dan kesedaran.

"Jadi buat masa ini angkasawan kedua akan dihantar untuk menjalani latihan berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kesihatan ekosistem lautan tropika di sini pada Selasa.

Ongkili berkata kementerian tetap memberikan komitment untuk program angkasawan kedua kerana ia berkaitan dengan pembangunan sains dan teknologi.

Pada tahun 2007, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas.

Angkasawan kedua Mejar Dr Faiz Khalid juga pernah menerima latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia selama 12 bulan.

Mengenai persidangan itu, Ongkili berkata ia penting sebagai ruang untuk berkongsi perkembangan sumber marin dan perikanan terkini yang secara tidak langsung dapat membantu menyumbang input dalam penggubalan Dasar Laut Negara. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan