Pembakaran Terbuka Di Sumatera Jejas Kualiti Udara Di Semenanjung

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia, telah menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan di Semenanjung dengan daerah Muar, Johor, mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara(IPU) tidak sihat sepanjang 24 jam lepas.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini berkata kemerosotan kualiti udara mula dikesan sejak Sabtu lepas dan berterusan sehingga kini di utara Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan sehingga 12 tengah hari ini di beberapa kawasan termasuk Melaka, Kuantan, Batu Pahat dan Petaling Jaya telah merosot kepada empat hingga tujuh kilometer.

Laporan satelit yang dikeluarkan oleh "ASEAN Specialised Meteorological Centre" menunjukkan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera pada semalam iaitu sebanyak 358 titik panas berbanding 244 titik panas yang dikesan dua hari lepas.

Menurut kenyataan itu imej satelit NOAA-18 semalam juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Sumatera ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Katanya keadaaan berjerebu terutamanya di sekitar kawasan utara Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor itu disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera.

JAS juga meminta orang ramai supaya mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamatan di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1800-88-2727. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan