Negara Islam Harus Rebut Peluang Dalam Pembangunan Sains Dan Teknologi - Khaled Nordin

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Islam kali kelima akan menjadi wadah untuk berbincang mengenai pembangunan sains dan teknologi serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Islam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata negara-negara Islam harus merebut peluang dalam bidang sains dan teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup serta negara.

"Dalam persidangan ini, semua peserta dapat belajar dan berkongsi pengetahuan mengenai cara mewujudkan kerjasama dalam sains dan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan. Ia juga akan menggalakkan teknologi baru yang dikenali sebagai teknologi nano dalam institusi pengajian tinggi di setiap negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran persidangan berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO), Dr Abdul Aziz Othman Altwaijri dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Abdul Moiz Bokhari.

Sejumlah 160 perwakilan dari 48 negara termasuk Malaysia, 25 menteri dan 20 pertubuhan antarabangsa mengambil bahagian dalam persidangan itu yang akan berlangsung sehingga 21 Oktober ini.

Persidangan itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama ISESCO.

Khaled berkata persidangan itu seharusnya meningkatkan kerjasama sains dan teknologi dalam usaha untuk bersaing dengan negara-negara bukan Islam.

Persidangan itu juga menjadi bukti kepada negara-negara bukan Islam bahawa umat Islam turut menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dan berharap untuk menghapuskan kebimbangan atau 'Islamophobia' dalam kalangan negara-negara bukan Islam, katanya.

Terdahulu ketika berucap, Khaled berkata universiti di Malaysia sedia menawarkan kepakarannya dalam bidang sains dan teknologi, selain tempat pembelajaran di peringkat ijazah dan lepasan ijazah kepada negara-negara anggota. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan