Najib Mahu Pemimpin Umno Buat Persiapan Hadapi Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin Umno di semua peringkat supaya membuat persiapan rapi menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Umno terus menjadi peneraju utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mesej jelas itu disampaikan Najib kepada perwakilan dan anggota Majlis Tertinggi Umno pada sesi taklimat tertutup presiden sempena Perhimpunan Agung Umno ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Presiden tekankan agar kita terus bersatu padu, kuatkan lagi perpaduan untuk membela rakyat dan melakukan kerja secara strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam situasi Umno terus bertambah kukuh," katanya kepada pemberita.

Mohd Ali berkata Perdana Menteri mahukan Umno memperkukuhkan kawasan yang telah dimenangi BN pada pilihan raya umum lepas dan bekerja kuat untuk memenangi semula kawasan yang tewas.

Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad berkata Perdana Menteri sangat mengharapkan perbalahan di kalangan pemimpin diatasi segera bagi menjadikan Umno sebuah parti yang kuat dan disenangi rakyat.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Presiden parti telah menekankan kepentingan berjuang dalam membela nasib kaum Melayu secara inklusif, tetapi pada masa sama, tidak meminggirkan soal kepentingan kaum lain.

"Selain daripada empat perkara yang digariskan presiden iaitu kepimpinan negara, parti, negeri dan wakil rakyat, beliau turut menggesa agar anggota Umno menggunakan pendekatan bijaksana terhadap rakyat agar kekal relevan.

"Berjuang secara inklusif, kerana selain kita memperjuangkan agenda kaum Melayu, kita tidak seharusnya meminggirkan perjuangan kaum lain, kerana Malaysia didokong rakyat berbilang kaum," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Batu Pahat.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula berkata presiden amat menekankan kepentingan proses transformasi yang telah dan akan dilalui oleh semua anggota parti.

"Semua pihak akan terlibat secara menyeluruh dalam proses Model Baru Politik yang beliau (Najib) tekankan sejak kebelakangan ini," katanya.

Bagaimanapun, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dan Anggota Parlimen Papar berkata, anggota Umno sebenarnya sedang melalui proses tersebut kerana Najib sudah pun memulakannya semenjak beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

Seorang lagi Anggota MT, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara taklimat presiden yang perlu diberi perhatian serius ialah mengelakkan perpecahan dalam parti.

"Presiden beri nasihat secara ikhlas dan jujur supaya anggota Umno bermuafakat dan bekerjasama agar mampu bawa kemenangan kepada parti pada pilihan raya akan datang.

"Untuk memastikan perkara ini, beliau berharap perpecahan di antara parti perlu dielakkan," katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata Najib mahukan pemimpin Umno di semua peringkat bekerja keras bagi memastikan momentum kemenangan BN seperti di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan dan Parlimen Hulu Selangor dapat dikekalkan bagi membolehkan parti itu terus mendapat sokongan rakyat. "Presiden menggariskan beberapa kriteria yang pada beliau mustahak untuk memenangi pilihan raya yang bukan berasaskan kepada teori sahaja sebaliknya mahukan peranan semua pemimpin di peringkat negeri, pusat dan komponen parti digerakkan," katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Anggota MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, berkata antara yang ditekankan Perdana Menteri ialah pemilihan calon yang mampu memenangkan BN pada pilihan raya umum.

Anggota MT, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berkata Najib mahukan Umno terus melakukan transformasi dalaman parti bagi membolehkan parti itu berterusan memberi sumbangan kepada negara.

Seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, berkata taklimat Presiden itu turut menyentuh mengenai persiapan jentera parti untuk turun padang bagi menyelami hati rakyat dan menyelesaikan sebarang permasalahan.

Ketua Menteri Sabah yang juga anggota MT, Datuk Seri Musa Aman pula berkata bermuhasabah diri ialah antara yang ditekankan Perdana Menteri dalam taklimat tersebut.

"Beliau meminta semua anggota Umno supaya bermuhasabah diri dari semasa ke semasa dan mengelakkan diri daripada pergeseran antara satu sama lain dan yang penting kita kena bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan