30 Anggota ATM Berangkat Ke Afghanistan

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud beramah mesra dengan anggota MALCON International Security Assistance Force (ISAF) pada majlis Penghantaran Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia ke Afghanistan di Pangkalan Udara TUDM Subang, Selasa malam. MALCON ISAF yang dianggotai 40 orang termasuk 10 pegawai membabitkan Pasukan Perubatan, Pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir Logistik yang akan melaksanakan misi kemanusiaan dalam tempoh masa antara enam hingga sembilan bulan. - Foto BERNAMA
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud beramah mesra dengan anggota MALCON International Security Assistance Force (ISAF) pada majlis Penghantaran Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia ke Afghanistan di Pangkalan Udara TUDM Subang, Selasa malam. MALCON ISAF yang dianggotai 40 orang termasuk 10 pegawai membabitkan Pasukan Perubatan, Pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir Logistik yang akan melaksanakan misi kemanusiaan dalam tempoh masa antara enam hingga sembilan bulan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) berangkat ke Afganistan malam ini, bagi membantu membina serta membangunkan semula negara tersebut.

Kumpulan terdiri daripada empat pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat itu akan menyertai kumpulan terdahulu yang telah berlepas pada 16 Julai.

Pemangku Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Rodzali Daud berkata kumpulan itu merupakan yang kedua daripada MALCON ISAF bagi melaksanakan Operasi Interim bantuan dan sokongan nasional ke Afghanistan (Op INSAF).

"Kumpulan ini akan berada di Wilayah Bamyan yang terletak di tengah Afghanistan. Mereka akan berada di sana dalam tempoh enam hingga sembilan bulan dan akan bertugas bersama dengan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah dari New Zealand," katanya ketika berucap sebelum melepaskan pasukan itu di Pangkalan Udara TUDM Subang dekat sini, Selasa.

Beliau berkata penugasan MALCON ISAF lebih menjurus kepada bidang perubatan yang kritikal meliputi khidmat kesihatan, pergigian serta bantuan kemasyarakatan dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk penugasan kombat.

"Dalam pada itu, ATM turut merancang untuk menghantar lebih ramai doktor dan paramedik lelaki serta wanita, sebagai mengelakkan isu muhrim, aurat dan sebagainya," kata Rodzali.

Beliau berkata MALCON ISAF juga bukan sekadar memenuhi misi kemanusiaan, sebaliknya ia juga mampu mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara Malaysia dan Afghanistan.

"Oleh itu, saya menyeru supaya anggota tentera kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh jujur, dedikasi serta profesional sepanjang bertugas di sana," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan