Tengku Razaleigh Tetap Ketua Umno Gua Musang Walaupun Jika Beliau Gagal

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sama sekali tidak akan berundur untuk terus menerajui Umno bahagian itu sekiranya tanggungjawab yang amanahkan kepadanya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas gagal membuatkan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan.

Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi pilihan raya DUN itu berkata, adat pertandingan dalam pilihan raya memang ada yang menang dan dan kalah kerana ia bergantung kepada sokongan pengundi bagi memilih pemimpin kawasan mereka.

"Saya bagaimanapun yakin perubahan besar akan berlaku dalam masyarakat di DUN Galas sejak kebelakangan ini dan BN mampu merampas semula kerusi itu dari tangan PAS.

"Saya cukup yakin dengan apa yang berlaku sekarang di mana pengundi kembali memihak kepada kita (BN) tetapi kita tidak boleh berdiam diri dan hendaklah bekerja kuat lagi bagi mendapat majoriti lebih besar," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan petugas peti undi Bandar Lama Gua Musang, di sini, Isnin yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Makhtar Mustapha.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata pengalamannya lebih 50 tahun dalam Umno membuatnya yakin untuk mengatur strategi terbaik supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan BN. "Kita tidak mahu lagi rakyat khususnya pengundi di DUN Galas dihantui dengan pelbagai hasutan dan halangan kerana tidak ada apa yang mereka risaukan sekiranya terus menyokong calon BN nanti, katanya.

Katanya, beliau tidak pernah membuat janji dan bercakap kosong kepada rakyat dan mereka akan lihat segala yang di janjikan tetap berjalan untuk faedah rakyat di DUN itu.

Beliau berkata, pengundi juga boleh membuat perbandingan sendiri antara pemimpin BN dengan PAS yang mempunyai konsep perjuangan berlainan tetapi hanya BN sahaja yang mampu memberi kemudahan kepada rakyat sejak dahulu sampai sekarang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi DUN Galas itu selepas menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 646 undi.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Galas itu ditetapkan pada 26 Oktober ini dan hari pengundian pada 4 November. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan