Persidangan Komanwel Disaran Tinjau Kerjasama, Persepakatan: Sidek

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyarankan agar negara-negara meninjau peluang kerjasama dan persepakatan ke arah mencapai tujuan bersama dalam dunia globalisasi meskipun terdapatnya pendapat dan tradisi budaya yang berbeza.

"Realitinya, kita tidak boleh lagi beroperasi berdasarkan cara Malaysia menjalankan perniagaan memandangkan kedinamikan hari ini memerlukan sistem nilai global, melangkaui budaya dan tradisi kita sendiri," kata beliau di Persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pengurusan dan Pentadbiran Awam (CAPAM) 2010 di Malta.

Ditubuhkan pada 1994, dengan Malaysia antara negara pengasasnya, CAPAM mewakili rangkaian profesional antarabangsa ketua-ketua kerajaan, pegawai atasan sektor awam, ahli akademik dan penyelidik terkemuka dari 50 negara berbeza seluruh Komanwel.

Ia memberi tumpuan kepada perkongsian pengetahuan dalam perkhidmatan penyampaian yang berpusat kepada rakyat, pembangunan dan pertumbuhan kepimpinan serta pengurusan dan pembaharuan semula perkhidmatan awam.

Mohd Sidek, yang mewakili delegasi Malaysia ke persidangan yang bertemakan "Building a Common Future: Global Challenges, Local Responses," berkata terdapatnya pengiktirafan jelas oleh komuniti global yang kepentingan nasional negara bergantung kepada kerjasama dan gandingan antarabangsa.

Beliau menekankan yang pemencilan dan perselisihan tidak lagi boleh dibincangkan di forum-forum sejagat mahupun dapat menyokong sebarang perkembangan dan kemakmuran.

"Dari segi etika perdagangan hinggalah ke isu perubahan iklim, daripada faktor penyumbang kemiskinan dan ancaman keselamatan hinggalah kepada memerangi keganasan, dari kualiti pendidikan hinggalah menjangkau langkauan masing-masing, ia memerlukan satu matlamat," kata beliau.

Sebagai komuniti global, beliau berkata syarikat tidak akan boleh mewarisi kemakmuran mapan jika sebahagian daripada dunia ini masih lagi terpisah daripada modenisasi dan globalisasi.

Menyentuh mengenai nilai berasaskan kepimpinan, beliau mengingatkan yang dunia kini sedang memasuki era di mana masalah, penyelesaian dan maklum balas dijadikan peribadi.

"Generasi akan datang, jika tidak dilengkapi secukup-cukupnya mungkin akan menyamakan kemanusiaan seperti komoditi dengan setiap interaksi boleh bertukar menjadi nilai transaksi," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan