Parti Komponen BN Diminta Sokong Musa Aman

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bagi memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi pada 4 Nov ini.

Bekas timbalan presiden LDP itu berkata dalam keadaan sekarang, para pemimpin LDP perlu menunjukkan kematangan dan komitmen kepada perjuangan B Ndengan memberi sokongan padu kepada Musa yang mengetuai kempen pilihan raya di Batu Sapi.

Pang mengeluarkan kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya yang dipegangnya.

"Kita mesti meletak ke tepi sebarang perbezaan pendapat. Ini merupakan detik amat penting ke arah memastikan kemenangan besar BN," katanya yang dilantik sebagai pengarah operasi jawatankuasa kempen pilihan raya Karamunting.

Beliau berkata jawatankuasa kempen akan berkempen habis-habisan dalam memastikan BN mengekalkan kerusi Batu Sapi.

Pilihan raya diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah pada 9 Okt lalu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan