Kadar Jangkitan HIV, Aids Masih Membimbangkan MAM

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Seramai 87,000 orang di Malaysia dikenalipasti HIV positif dengan kadar purata 10 rakyat negara ini dijangkiti penyakit itu setiap hari, kata Majlis AIDS Malaysia (MAM).

Presidennya Datuk Mohd Zaman Khan berkata peningkatan jumlah pesakit HIV/AIDS di negara ini amat membimbangkan dan tindakan sewajar perlu diambil bagi membendung penyakit itu.

Sejak kes pertama HIV dikesan di negara ini pada 1986, Malaysia telah berusaha membanteras kes jangkitan itu namun ia masih tidak berkesan, katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran program seminar, pameran HIV/AIDS dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, Ahad.

Beliau berkata hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja baru terdapat sedikit kemajuan dalam usaha menangani wabak itu.

Menurutnya persepsi masyarakat terhadap pesakit HIV bagaimanapun masih pada tahap membimbangkan dan ia menyebabkan ramai pengidap penyakit itu tidak berani tampil menerima rawatan sedia ada.

"Saya percaya, kesedaran dan keprihatinan terhadap isu ini oleh masyarakat adalah kunci kepada pencegahan jangkitan dan pengurangan kemudaratan penyakit itu," katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah menyertai Pameran HIV/AIDS anjuran bersama TLDM, MAM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Program selama dua hari itu bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti tentang epidemik HIV dan AIDS.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan