Elak Hubungan Dingin, Dua Negara Perlu Perbanyakkan Forum, Pertemuan

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia dapat dielakkan sekiranya lebih banyak forum dan pertemuan di kalangan rakyat sesama rakyat dan antara para pemimpin kedua-dua buah negara jiran itu diadakan, kata seorang pemimpin Golkar.

Timbalan Presiden Golkar Jawa Timur Eddie Budi Prabowo berkata forum dan pertemuan antara dua negara itu semakin berkurangan dan tidak lagi dijadikan amalan seperti era pemerintahan bekas Presiden Indonesia, Suharto.

Katanya selepas pemerintahan Suharto berakhir pada 1998, forum yang mempertemukan wakil dari dua negara berjiran yang sekian lama menjadi landasan untuk membincangkan pelbagai isu termasuk hubungan dua negara tidak lagi menjadi agenda utama sebaliknya hanya dibuat apabila timbulnya sesuatu isu.

"Dulu, semasa pimpinan Suharto, forum pertemuan antara dua negara sentiasa ada tetapi kini sudah semakin berkurangan, maka disebabkan itulah ada beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan.

"Justeru, forum pertemuan antara Malaysia dan Indonesia perlu diperbanyakkan sebagai langkah untuk mengeratkan lagi hubungan kedua negara disamping menjadi platform untuk menyelesaikan masalah,"katanya ketika ditemui semasa menghadiri Forum Antarabangsa bertajuk "Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru" sempena Perhimpunan Agung Umno ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Suharto, 86, memerintah Indonesia selama 32 tahun bermula 1966 meninggal dunia pada Jan 2008 setelah kira-kira sebulan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan.

Sementara itu, Naib Presiden 2 (II) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura Abdul Mutalib Ithnin ketika ditanya pendapatnya mengenai hubungan antara Malaysia dan Indonesia pula berkata, sebarang perbalahan antara kedua-dua negara yang mana majoriti penduduknya beragama Islam itu perlu diselesaikan bersama dalam suasana baik dan melalui perbincangan.

"Setiap negara perlu bersatu padu, lagi pun benda yang remeh-temeh tak perlulah dipanjang-panjangkan. Baik kita tengok perkara lain yang boleh memberi faedah kepada semua,"katanya.

Sementara itu, bekas menteri kabinet India R. Prabhu, yang mewakili pati Kongres Kebangsaan India, berkata adalah penting bagi meningkatkan interaksi antara rakyat dengan rakyat.

Beliau berkata rakyat dan kerajaan kedua-dua negara itu perlu mengawal dari melakukan tindakan negatif yang boleh meningkatkan ketegangan.

"Perdana Menteri India yang pertama Jawaharlal Nehru, beliau berkata apabila rakyat pergi dan menetap di negara lain, mereka menjadi warga kepada negara itu dan mereka mesti setia kepada negara itu, dan bukan setia kepada negara kita, kesetiaan kita (kepada negara asal) menjadi perkara kedua.

"Konsep itu yang diusahakannya pada awal 50-an perlu diikuti, kesetiaan perlu diberikan kepada negara di mana anda menjadi warganegaranya," katanya.

Forum dua hari itu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dipengerusikan oleh bekas wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Razali Ismail, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa.

Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara luar bersama 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara menghadiri forum tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan