6,000 Perwakilan Umno Julung Kali Solat Jumaat Di PWTC

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2010 dijangka buat julung kalinya menunaikan sembahyang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd Rauf Yusoh berkata, solat tersebut bakal diadakan di Dewan Tun Razak, Aras 4, PWTC yang boleh memuatkan ribuan orang.

"Selepas 25 tahun Perhimpunan Agung Umno diadakan di PWTC, kita ada sembahyang Jumaat yang pertama bersama semua perwakilan dan pemerhati.

"Dijangkakan lebih 6,000 perwakilan akan menjadi jemaah pada sembahyang Jumaat nanti," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Beliau ditemui ketika memantau raptai majlis perasmian dan persiapan beg-beg perwakilan bahagian di PWTC.

Menurut Abd Rauf, pihaknya bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan perhimpunan tahunan tersebut dari 19 hingga 23 Oktober ini kerana persiapan kini mencapai tahap 100 peratus.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 320 gerai disediakan kali ini berbanding 220 gerai pada perhimpunan agung tahun lalu.

Kata beliau, tapak perniagaan yang lazimnya berada di aras dua telah ditukar ke aras tiga bagi membolehkan lebih ramai peniaga berniaga dalam keadaan selesa selain mempraktikkan laluan sehala oleh pengunjung di PWTC nanti.

"Saya jangkakan lebih 50,000 pemerhati , perwakilan, tetamu dan pengunjung akan hadir dan berada di sekitar bangunan sepanjang perhimpunan agung ini berlangsung," katanya.

Sementara itu, Abd Rauf berkata, corak landskap di dalam dan luar bangunan PWTC seperti dinding, tiang dan pintu masuk telah diubahsuai supaya nampak lebih menarik.

Selain itu, beliau memberitahu, kedudukan bilik mesyuarat sayap Umno Pemuda, Puteri dan Wanita telah diubah ke bentuk pentas utama supaya membolehkan para perwakilan mendekati para pemimpin masing-masing.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan