Wan Azizah Satu-satunya Calon Menang Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya mengekalkan jawatannya apabila tiada calon lain yang menyerahkan borang bagi mencabar kedudukannya itu selepas tempoh penghantaran borang tamat petang Sabtu.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah berkata, setakat pukul 6 petang Wan Azizah merupakan itu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan itu.

"Secara keseluruhannya, Majlis Perwakilan Pusat (MPP) menerima 158 pencalonan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) (76) dan Wanita (59)," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, Sabtu.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut selepas tamat proses penerimaan pencalonan pada pukul 6 petang Sabtu.

Calon-calon yang ingin bertanding sebarang jawatan menyerahkan borang penerimaan pencalonan dari 10 pagi hingga 6 petang pada Hari Penerimaan Pencalonan pada Sabtu.

Sementara itu seperti dijangkakan bagi perebutan jawatan yang paling sengit iaitu Timbalan Presiden, tiga calon utama sah bakal bertanding iaitu Naib-Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta Pengerusi PKR wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon pula menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden termasuk Nurul Izzah Anwar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Chua Tian Chang, Dr Xavier Jayakumar, Fuziah Salleh, Jonson Chong, dan N. Gobalakrishnan.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), penyandang iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin dicabar oleh Badrul Hisham Shaharin.

Sementara itu, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berdepan dengan dua pesaing untuk memegang jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Menurut Sharifah, keputusan tidak rasmi akan dikeluarkan sebelum pukul 6 petang Ahad.

Katanya, calon-calon terbabit boleh membuat sebarang bantahan dan tarik diri atas sebab-sebab disiplin pada 18-20 Oktober.

"Selepas itu, pihak jawatankuasa pemilihan parti akan memproses bantahan dari 21 hingga 24 Oktober ini," katanya.

Tambah beliau, senarai muktamad akan dikeluarkan pada 24 Oktober ini dan proses pemilihan parti pada 29 Oktober ini.

Berikut merupakan senarai penerimaan pencalonan untuk MPP, AMK dan Wanita:

MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR

PRESIDEN

1) Wan Azizah Wan Ismail

TIMBALAN PRESIDEN

1) Mohamed Azmin Ali

2) Mustafa Kamil Ayub

3) Zaid Ibrahim

NAIB PRESIDEN

1) Abdullah Sani Abdul Hamid 2) Ansari Abdullah 3) Baru Bian 4) Chua Tian Chang 5) Dominique Ng Kim Ho 6) Dr Xavier Jayakumar 7) Fuziah Salleh 8) James Ghani 9) Jimmy Donald 10) Jonson Chong 11) Mansor Othman 12) Mohd Yahya Sahri 13) Mohd Yusmadi Mohd Yusoff 14) N. Gobalakrishnan 15) Nurul Izzah Anwar 16) S. Manickavasagam 17) Saiman Marjuki 18) Sivarasa Rasiah 19) Suresh Kumar a/l Ramachandran

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (135 pencalonan) ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)

KETUA AMK

1) Badrul Hisham Shaharin 2) Shamsul Iskandar Mohd Akin

TIMBALAN KETUA AMK

1) Khairul Anuar Ahmad Zainudin 2) Chang Li Kang

NAIB KETUA AMK

1) Abdul Yunus Jamhari 2) Azmizam Zaman Huri 3) Chan Ming Kai 4) Erviana Ansari 5) Farhash Wafa Salvador 6) Lee Khai Loon 7) Mohd Nazree Mohd Yunus 8) Nicholas Guntobon 9) Rozan Azen Mat Rasip 10) S. Kesavan 11) Sivam a/l Veeramuthu

Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat (61 pencalonan)

WANITA

KETUA WANITA

1) Animah Ferrar 2) Suraya Sudin 3) Zuraida Kamaruddin TIMBALAN KETUA WANITA 1) Rodziah Ismail 2) Asmah Abd Kadir

NAIB KETUA WANITA

1) Aishah Lamsah 2) Begum Jan 3) Felicia Ling 4) Gan Pei Nei 5) Haniza Talha 6) Noorsham Abu Samah 7) Rosmah Suly 8) Rozaini Mohd Rosli 9) Salma Ismail

Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (45 pencalonan)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan