Tarik Diri Bukan Kerana Tekanan - Abdul Khalid

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat tekanan kepimpinan tertinggi parti itu.

Beliau turut menolak cakap-cakap bahawa keputusan itu dibuat ekoran tidak mendapat sokongan padu daripada PKR Selangor.

"Saya mendapat sokongan penuh daripada ahli di Selangor tetapi setelah berbincang dengan teliti bersama setiausaha politik saya, Faekah Husin dan pimpinan reformasi, saya yakin dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa bertanding merebut jawatan itu," katanya pada sidang media, di sini Ahad.

Sebelum itu beliau menyampaikan bantuan geran sebanyak RM3 juta kepada 57 sekolah jenis kebangsaan Cina.

Pada 10 Oktober lalu, Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual bulan depan.

Bagaimanapun hanya tiga calon iaitu dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan bertanding jawatan tersebut apabila tempoh penerimaan pencalonan berakhir pada pukul 6 petang, Sabtu.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 21 November, manakala kongres kebangsaan parti bermula pada 26 sehingga 28 November.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan