Tabung Haji Mantapkan Persediaan

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan perkhidmatan kaunseling dan ceramah bagi memantapkan lagi persediaan jemaah haji menjelang hari wukuf yang dijadual pada hari Ahad, 14 November bersamaan 9 Zulhijjah.

Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Kebajikan) TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sehubungan itu jemaah haji dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan kerana cuaca panas sebagai antara persediaan mereka menjelang hari wukuf di Arafah.

Sementara itu katanya TH sudah bersedia untuk menyambut ketibaan rombongan pertama lebih 1,000 orang jemaah haji Malaysia yang dijangka tiba di Kota Mekah awal pagi Isnin.

Menurutnya jemaah itu menaiki KT1, KT2 dan KT3 dibawa dengan bas ke Kota suci Mekah tengah hari ini setelah berada selama lapan hari di Madinah sejak 9 Okt lepas.

Katanya mereka dijangka tiba di tempat penginapan di Hotel Al Janadiriah yang juga ibu pejabat dan pejabat operasi TH di Mekah kira-kira pukul 1 pagi Isnin waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia).

"Mereka akan berhenti di Bir Ali (tempat berniat) di pinggir bandar Madinah untuk bersolat sunat dan berniat ihram sebelum meneruskan perjalanan lebih 400km selama enam jam ke Mekah.

Setelah tiba di sini dan selesai saja urusan penginapan mereka akan terus mengerjakan tawaf dan saie umrah," kata Syed Saleh kepada pasukan media TH yang membuat liputan haji musim ini selepas meninjau empat hotel tempat penginapan jemaah Malaysia, Ahad.

Hotel-hotel tersebut ialah Sevilla Barakat menampung 3,800 jemaah, Elaf Alsud (1,800 jemaah), Al Haram 2 (1,000 jemaah) dan Al Janadiriah (lebih 6,000 jemaah).

Syed Saleh berkata Hotel Sevilla menempatkan maktab (kem) 76 dan 77, Elaf Alsud (maktab 66 dan sebahagian maktab 80), Al Haram 2 (maktab 80) manakala Al Janadiriah (maktab 72, 73 dan 74), katanya.

Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan (Jabatan Kewangan Korporat & Perkhidmatan TH) berkata tinjauan bertujuan melihat dan mempastikan persiapan yang dibuat lancar sebelum ketibaan semua 26,000 jemaah Malaysia.

Jemaah dipecahkan kepada 16 maktab dan sembilan daripadanya dikendalikan Muasasah, katanya dan menambah penginapan mereka di hotel-hotel berdekatan Masjidil Haram dan dilayan sama rata sebagai pelanggan TH.

"Konsep perkhidmatan TH adalah standard. Modul ceramah, kaunter khidmat pelanggan, penyaluran maklumat, kemudahan rawatan dan pengeluaran wang di semua tempat penginapan diseragamkan," kata Syed Saleh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan