Prestasi Pemimpin Masyarakat Perlu Selari Dengan Kenaikan Elaun

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Pengerusi Kampung Baru, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli digesa meningkatkan prestasi selari dengan kenaikan elaun bulanan yang diumumkan pada Bajet 2011.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung berkata golongan berkenaan mempunyai peranan penting dalam menjaga kebajikan penduduk serta kemajuan kampung masing-masing.

"Jangan elaun mahu tetapi kerja tidak ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup seminar pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru negeri Pahang di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lepas mengumumkan kenaikan elaun terhadap pemimpin masyarakat berkenaan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.

Sementara itu, Chor berkata pemberian elaun kepada pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Kampung Bagan merupakan satu kejutan oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata kementeriannya sebelum ini bercadang mengusulkan agar 157 kampung rangkaian dan bagan mendapat elaun bulanan seperti yang dinikmati semua ketua kampung, namun ia belum dilakukan secara rasmi.

"Kita tidak sangka beliau (Najib) sudah memasukkan 157 pengerusi kampung berkenaan ke dalam senarai," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan