Perdana Menteri India Lancar "Little India" di Brickfields 27 Oktober

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh akan melancarkan fasa pertama projek menaik taraf dan mencantikkan Brickfields menjadi "Little India" pada 27 Oktober ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M.Saravanan berkata kira-kira 85 peratus kerja-kerja persediaan telah dilakukan dan dijangka siap tidak lama lagi.

"Lawatan Manmohan Singh ke Malaysia adalah sesuatu yang amat membanggakan dan beliau pasti terpesona melihat perubahan serta imej baru Brickfields," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gotong-Royong Perdana 1Malaysia Little India-Brickfields di sini hari ini.

Beliau berkata Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers hingga ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertama projek bernilai RM17 juta dijangka siap dalam bulan Disember.

Fasa pertama projek itu yang menelan kos sebanyak RM7 juta, telah dimulakan dalam bulan Mei.

Ia melibatkan kerja-kerja membangunkan kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek dua fasa "Little India" yang bernilai RM35 juta, membabitkan pembinaan premis baru perniagaan, sebuah kompleks parkir dan pembesaran jalan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan