Pembunuh Utama Wanita Kini Aktif Di Pedalaman Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kanser payudara, pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan itu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Datuk Dr Zaidun Kamari berkata statistik mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

"Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, Ahad.

Katanya ada pada kalangan penghidap hanya menerima rawatan separuh jalan kerana terpengaruh dengan kepercayaan karut apabila mengetahui harus menjalani prosedur pengambilan sampel air tulang belakang.

"Mereka terlalu takut sebagai contohnya apabila doktor mahu mengambil air tulang belakang atau mengambil darah untuk pemeriksaan, mereka risau akan lumpuh bahkan ada yang beranggapan tindakan itu akan menyebabkan mereka menjadi seorang individu yang bodoh, selain itu sikap gemar menemui bomoh juga menjadi satu faktor," katanya.

Beliau berkata perkara tersebut merupakan antara cabaran kepada pihak hospital dan pakar perubatan menyebabkan pihaknya kini mencari beberapa inisiatif baru untuk mengenal pasti wanita penghidap kanser payudara.

Antara inisiatif berkenaan ialah mendapatkan kerjasama imam dan penghulu kampung di seluruh Kelantan yang dilihat memainkan peranan penting termasuk sebagai 'pembuat keputusan' dalam sesebuah komuniti, katanya.

"Sebenarnya kanser payudara ini jumlahnya adalah banyak tetapi kebanyakannya tidak dilaporkan terutama di kawasan luar bandar dan untuk sampaikan maklumat ke luar bandar adalah menjadi satu cabaran buat kita.

"Justeru kita akan pergi kepada penghulu kampung, imam-imam masjid dan juga pergi dari rumah ke rumah di pedalaman untuk mencari dan mengenal pasti golongan wanita yang berisiko ini agar dapat diberi maklumat dan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa mereka," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan