Pelajar Latihan Kemahiran Disaran Lanjut Pelajaran

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar kolej latihan kemahiran yang memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia disaran melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat diploma bagi melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi, berdaya saing dan berinovasi.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk G.Palanivel berkata tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi akan menyumbang kepada penciptaan teknologi baru dan berperanan meningkatkan ekonomi negara dalam sektir kemahiran.

"Sebagai contoh, negara Jerman mempunyai kualiti modal insan yang tinggi kerana mempunyai tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi, berinovasi dan berdedikasi sehingga muncul sebagai antara negara maju di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej CQ-TEC, Ahad.

Selain daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, pelajar sektor kemahiran tidak harus merasa selesa untuk bergantung kepada kerja makan gaji sahaja tetapi sebaliknya mereka digalakkan bekerja sendiri dengan menubuhkan syarikat perniagaan yang akan menghasilkan pendapatan lumayan, katanya.

Beliau berkata kejayaan para graduan dari Kolej CQ-TEC akan menjadi daya tarikan kepada anggota keluarga, rakan-rakan mereka dan belia-belia untuk menceburi bidang kemahiran bagi memenuhi sektor kemahiran negara pada masa depan.

Seramai 371 pelajar menerima diploma dan sijil pada majlis itu.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan