Orang Sebelah Sana Tidak Boleh Diharap - Najib

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: UMNO yang menerajui pemerintahan negara merupakan parti yang boleh menentukan kesejahteraan rakyat, keharmonian negara dan kejayaan negara Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tidak ada orang lain yang boleh diharapkan untuk melaksanakannya," kata beliau.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata parti alternatif atau dengan jolokan "orang sebelah sana", tidak boleh diharapkan.

"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan? Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana."

Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini hari ini, Perdana Menteri menyatakan rasa hairannya mengapa masih ada pesara dan penjawat awam yang menyokong "orang sebelah sana" itu.

"Kena tengok sikit.. tak betul ni. Mungkin sebab marah pada nyamuk seekor, kelambu dibakar. Ini tidak betul sepatutnya pegawai kerajaan lebih tahu berfikir dan rasional bahawasanya hanya UMNO sahaja boleh menentukan survival kita."

"Yang lain tak boleh..tak boleh. Lihat sahaja mesyuarat (pemilihan) mereka sekarang. Libang libu. Berlaku macam-macam. Benjol, terseliuh, patah tangan," kata beliau.

Najib berkata, hakikatnya tidak ada gabungan dalam parti "orang sebelah sana" itu.

"Akadnya berasingan dan ianya hanya sandiwara politik sahaja kerana hendak sangat duduk di sini...hendak duduk jadi penghuni Kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. (Kerana itu ia) sanggup melakukan apa saja, menggadaikan maruah kepentingan bangsa asalkan dapat duduk di sini."

"Apakah ini? Ini adalah akibat kerana hendak sangat. Ia bahaya kalau hendak sangat ni. Bila pertimbangan tidak rasional inilah jadinya."

Mengulas tentang penubuhan Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan, Najib melahirkan rasa terharu atas sokongan pesara-pesara yang terdiri daripada Kumpulan A sewaktu berjawatan di sektor awam dahulu.

"Saya berbesar hati menerima keinginan dan keikhlasan penubuhan Kelab ini bagi menjamin kelangsungan UMNO sebagai teras kerajaan di masa akan datang. Penubuhannya pasti tercatat sebagai satu peristiwa dalam lipatan sejarah UMNO."

Menurut Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat, ketika ini kelab itu sudah mempunyai 300 orang ahli.

"Pesara Kumpulan A merupakan 10 peratus daripada kira-kira 550 ribu jumlah pesara ketika ini. Kami mensasarkan keahlian seramai yang boleh dari pesara dari Kumpulan A ini."

Aseh berkata kehadiran pada hari ini yang mencecah lebih 500 orang menunjukkan bahawa penubuhannya berdasarkan timbulnya kesedaran agar agenda Melayu diteruskan, sudah diterima. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan