Lebih Ramai Pengundi Cina Dijangka Kembali Sokong BN Di Galas

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yakin lebih ramai pengundi kaum Cina akan membuat sokongan terbuka kepada Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa kepada mereka menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas pada 4 November ini.

Katanya walaupun pada pilihan raya umum lepas pengundi Cina menolak B Nkerana timbul pelbagai isu yang mempengaruhi mereka tetapi keadaan itu melibatkan semua kawasan di negara ini dan bukan di Gua Musang sahaja.

Dr Ng, yang juga Menteri Pelancongan, berkata bagaimanapun keadaan yang berlaku itu sudah berubah apabila mereka mendapat pendedahan yang lebih positif terhadap kemajuan dan ekonomi negara masa kini.

Beliau berkata mereka turut menilai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 semalam yang menyebut peruntukan RM250 bilion khusus untuk pembangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Agama di seluruh negara.

"Ini membuktikan kerajaan BN memberi perhatian terhadap kemajuan rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya kepada media selepas majlis perjumpaan dengan jentera pilihan raya MCA Bahagian Gua Musang, di Dewan MCA Kampung Baru, di sini, Sabtu.

Dr Ng berkata beliau sendiri menerima respon terbaik daripada pengundi Cina di DUN Galas yang akan beransur kembali menyokong BN kerana banyak lagi kemajuan yang akan dapat mereka nikmati kelak hasil komitmen kepimpinan negara ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 Nov berikutan kematian penyandangnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan