BN Peringkat Bahagian Disyor Wujud Pusat Khidmat Masyarakat

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pada Ahad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) di peringkat cawangan dan bahagian mewujudkan pusat khidmat masyarakat masing-masing bagi membolehkan rakyat membuat aduan dan mendapat bantuan mengenai masalah mereka.

"Saya ingin mengesyorkan mana-mana bahagian yang belum mempunyai pusat khidmat masyarakat untuk menubuhkannya, walaupun kawasan itu tidak dikuasai oleh kita", katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional Titiwangsa, di sini Ahad.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dan Pengerusi BN Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahmad berkata, selain berperanan mendengar permasalahan rakyat, pusat sedemikian boleh berfungsi sebagai pusat setempat bagi rakyat mendapat maklumat, misalnya daftar pemilih.

Mengulas mengenai pandangan sinis pembangkang yang mengatakan Bajet 2011 sebagai membazir dan menyifatkan bajet pilihan raya, Ahmad berkata pembangkang sebenarnya cemburu dan bimbang intipati bajet tersebut kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka.

"Mereka (pembangkang) khuatir kalau ada lagi bajet seperti ini tahun depan, rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan