BN Mungkin Kekal Calon Dari Keturunan Cina

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata Barisan Nasional (BN) besar kemungkinan akan mengekalkan calon keturunan Cina untuk bertanding bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi, Ahad.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata penyandang kerusi tersebut mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah merupakan seorang keturunan Cina dan calon yang mereka cadangkan semestinya dari kaum itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PBS di ibu pejabat parti itu di sini hari ini, Pairin berkata setakat ini 10 calon telah disenaraikan.

Bagaimanapun, katanya, senarai tersebut akan disenarai pendekkan sebelum mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, dijangka mempengerusikan mesyuarat bersama parti komponen BN esok bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Edmund Chong dari B Nakibat kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Okt lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 4 Nov ini.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata walaupun PBS mencadangkan nama calon namum pemilihan muktamad calon terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.

"Perlu ada persetujuan bersama selepas mendengar pandangan semua parti komponen BN," katanya.

Diminta mengulas langkah Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan Rakyat masing-masing mengemukakan calon, Pairin berkata ia terpulang kepada parti pembangkang itu tetapi BN akan memastikan rakyat akan memberikan kemenangan dengan majoriti lebih besar kepada calon BN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, mendiang Edmund Chong, yang juga bendahari agung PBS, menang kerusi Parlimen tersebut dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.

Menjawab kepada satu soalan, Pairin berkata nama calon yang dicadangkan oleh parti itu adalah dari kawasan Batu Sapi dan Sandakan termasuk ahli keluarga mendiang.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan