Bantuan Kewangan Khas RM500 Lebih Baik Untuk Sekarang - PM

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengumuman dalam Bajet 2011 mengenai Bantuan Kewangan Khas sejumlah RM500 yang diberikan kepada setiap penjawat awam adalah bersesuaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, banyak pihak yang melobi supaya mengisyhtiharkan satu bonus kepada golongan itu.

“Bonus sebulan itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.1 bilion. Secara peribadi, saya mahu memberikan bonus tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan negara,” katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia, Sabtu.

Seramai 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara dan pembayaran bonus sebanyak itu jika dilaksanakan hanya akan menyebabkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan.

Najib yang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada Jumaat telah mengumumkan Bantauan Kewangan Khas RM500 akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini.

Beliau berkata, kemudahan itu dapat membantu meringankan beban dan menampung perbelanjaan sekolah untuk anak-anak pada akhir tahun.

Dalam pada itu, Kerajaan turut memperkenalkan beberapa insentif lain untuk penjawat awam seperti cuti bersalin sehingga 90 hari yang dapat memanfaatkan guru wanita merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di negara ini.

“Cuti bersalin adalah hadiah untuk wanita. Tetapi mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengambilnya (cuti) sampai 90 hari. Ia bergantung kepada mereka.

“Saya faham guru-guru telah menyerahkan memorandum bagi penambahbaikan skim perguruan. Saya mohon sedikit masa untuk Kerajaan meneliti implikasi kewangan.

“Jika kita berkeupayaan, saya akan berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Pelajaran) dan kita akan membuat pengumuman apabila tiba masanya,” katanya.

Najib turut memberitahu bahawa bajet RM212 bilion, RM29.3 bilion dan RM10.2 bilion telah diperuntukkan untuk Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Kedua-dua Kementerian itu menerima sejumlah besar bersamaan 22.8 peratus daripada peruntukan Bajet 2011.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan