600 Guru Sandaran Tidak terlatih Di Kedah Harap Diserap

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Umno Kedah akan menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penamatan kontrak 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini dalam masa terdekat.

Ketua Pergerakannya Badrolhisham Hashim berkata beliau akan menghandar memorandum kepada Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran supaya isu itu dapat ditangani dengan segera.

"Saya harap agar mereka ini (GSTT) dapat diserap menjadi guru tetap dan dipanggil untuk mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) di maktab-maktab perguruan kerana mereka mempunyai pengalaman mengajar dan berminat dalam bidang perguruan," katanya kepada pemberita, Ahad.

Beliau berkata ada antara guru sandaran sudah menjangkau umur 35 tahun dan mereka tidak boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ataupun Diploma Perguruan Lepasan Ijazan (DPLI) atau mana-mana sektor awam yang lain.

"Mereka hanya mempunyai pilihan untuk mengikuti KDC sahaja untuk menjadi guru tetap tetapi mereka tidak terpilih untuk mengikuti kursus itu," katanya.

Kira-kira 600 GSTT di Kedah telah menerima surat penamatan kontrak daripada Jabatan Pelajaran secara berperingkat yang berkuatkuasa semalam dan 30 Okt ini.

Seorang guru GSTT Mohd Ridzwan Abdul Malik Faruk, 35, berkata beliau berharap sangat agar kontraknya dilanjutkan dan diberi peluang mengikuti KDC bagi membolehkan mereka menjadi guru tetap.

"Hanya melalui saluran itu sahaja kami boleh diserap menjadi guru tetap dan meneruskan khidmat kami mendidik anak bangsa," katanya.

Seorang lagi guru GSTT Nor Hayati Ghazali, 35, berkata beliau memang serius untuk menjadi guru dan sanggup berhenti kerja dengan syarikat swasta semata-mata untuk bertugas sebagai pendidik dan memilih GSTT untuk merialisasikan impiannya.

Bagaimanapun beliau tidak menyangka kontrak GSTT diberhentikan serta merta, tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan