WHO Iktiraf Ijazah MBBS Universiti AIMST

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Ijazah Perubatan dan Surgeri (MBBS) dari Universiti AIMST dekat sini mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah memantau pengajaran kursus itu sejak tiga tahun lalu, kata Canselor Universiti AIMST, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau berkata pihak universiti telah menerima surat pengiktirafan berkenaan Khamis lalu yang menyebut Universiti AIMST kini termasuk dalam senarai WHO.

"Pengiktirafan berkenaan memberi peluang kepada graduan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan universiti ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di universiti luar negara, katanya kepada pemberita pada majlis konvokesyen kali ke-3 universiti itu, Sabtu.

Samy Vellu berkata universiti berkenaan akan mengendalikan lebih banyak penyelidikan untuk mencari peluang baru serta meningkatkan taraf pendidikannya.

"Kami juga akan mendapatkan lebih banyak pensyarah berpengalaman kerana setakat ini Universiti AIMST telah diterima sebagai universiti untuk semua rakyat di Kedah," katanya.

Beliau memaklumkan AIMST akan menawarkan empat kursus lepasan ijazah iaitu MSc Anatomi, MSc Fisiologi, MSc Biokimia dan MBA Pengurusan Kesihatan untuk menyediakan lebih ramai tenaga pengajar dalam bidang berkenaan bagi keperluan universiti lain dalam negara.

Beliau berkata, bagi MBA Pengurusan Kesihatan, tumpuan diberikan untuk menarik individu dalam sektor kesihatan terutama yang bertugas di hospital serta farmasi untuk membentuk mereka menjadi pentadbir.

Selain itu katanya pihak universiti juga kini sedang menunggu kelulusan untuk melaksanakan kursus dalam bidang Ijazah Kejururawatan dan Ijazah Fisioterapi.

Sehingga kini Universiti AIMST telah melahirkan lebih 1,000 graduan dalam pelbagai bidang terutama perubatan dan kini mempunyai lebih 2,000 penuntut yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara antaranya dari Vietnam, Somalia dan Nigeria. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan