Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Gerik

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Tiga sekeluarga terbunuh manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di Km 42.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Lenggong, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Mahad Nor Abdullah berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian 10 pagi itu ialah Abdul Lagis Zakaria, 40, anak lelakinya Mohd Mukminm 4, dan ibu kepada Abdul Lagis, Kamariah Ahmad, 62.

Mereka berasal dari Kampung Tembak, Kuala Ketil, Kedah.

Kamariah dan Mukmim yang cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian, manakala Abdul Lagis yang turut cedera di kepala meninggal pada 12.45 tengah hari ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Lima mangsa yang cedera dan dirawat di hospital yang sama ialah bapa kepada Abdul Lagis, Zakaria Jasin, 67, Ghatimah Mun, 80, dan anak perempuan Abdul Lagis, Norashikin, 17, sementara seorang lagi belum dikenal pasti.

Seorang lagi yang cedera tetapi dirawat di Hospital Gerik ialah penuntut Universiti Teknologi Mara, Tajul Khairil Mohamad, 22, yang berasal dari Pulau Rusa, Terengganu yang cedera di kepala.

Mahad Nor berkata kemalangan berlaku apabila Proton Saga yang dipandu Abdul Lagis, yang dalam perjalanan dari Gerik ke Kuala Kangsar bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu Tajul Khairil.

"Siasatan awal polis mendapati kereta yang dipandu Tajul dari arah Kuala Kangsar ke Gerik dipercayai gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan kanan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Abdul Lagism" katanya.

Tajul Khairil dalam perjalanan pulang ke kampusnya di Seri Iskandar, Tronoh. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan