Tidak Benar Pusat Pinggirkan Kelantan Pada Bajet 2011

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan pusat meminggirkan Kelantan dalam pembentangan Bajet 2011 tidak benar bahkan negeri ini turut mendapat pelbagai projek pembangunan sepanjang tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.

"Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain," katanya kepada pemberita ketika mengetuai kerja gotong royong membaik pulih rumah warga emas Ghani Hussin, 75, di Kampung Teluk di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar yang mendakwa pembentangan bajet itu langsung tidak menyentuh peruntukan bagi Kelantan.

Kamarudin berkata ini termasuk pembinaan jalan kampung, jalan lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang atau pun laluan kereta api tiada satu pun memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata ini tidak termasuk Kelantan turut mendapat faedah dalam projek membaik pulih 12,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara yang membabitkan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Mengenai pembinaan jalan lebuh raya, beliau berkata peruntukan bagi Kelantan mungkin dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Kamarudin mungkin keliru dan tidak faham antara pembentangan Bajet 2011 hanya dalam tempoh satu tahun dengan pembentangan Bajet RMK-10 yang mengambil masa lima tahun," kata Awang Adek.

Sementara itu Ghani berkata beliau tidak menyangka keprihatinan kerajaan pusat yang memberikan RM5,000 bagi tujuan membaik pulih rumahnya yang hampir roboh.

Beliau berkata tanpa bantuan itu beliau bersama isterinya Bidah Daud, 85, yang sedang uzur terpaksa berpijak pada lantai yang hampir reput dan jika tersalah langkah mungkin terjatuh.

"Sudahlah makan minum setiap hari pun belas ihsan jiran-jiran yang turut membantu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan