Tawaran KWSP, UEM Adil

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tawaran bersama oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd untuk mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti Plus Expressways Bhd (PLUS) pada harga berjumlah RM23 bilion atau RM4.60 sen sesaham, merupakan harga keluar yang adil untuk pemegang saham operator tol itu.

AmResearch Sdn Bhd berkata tawaran itu kurang tiga peratus di bawah nilai adil pada RM4.72 sen sesaham dan tinggi pada nilai adil secara konsensus pada RM3.90 sesaham dan RM5.15 sen sesaham.

"Lebih-lebih lagi, harga dagangan terakhir Plus pada RM4.46 sesaham merupakan penutup tertinggi saham itu," katanya, dan menambah, perkembangan terkini itu tidak mengejutkan memadangkan penawarkan oleh kedua-dua syarikat itu dibuat selepas bidaan sebelum ini oleh MMC Corporation Bhd dan syarikat persendirian Asas Serba Sdn Bhd.

"Ia dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2011 bahawa tol di lebuh raya PLUS tidak akan dinaikkan selama lima tahun yang akan datang.

"Kami menyarankan pelabur PLUS menerima tawaran itu," kata AmResearch dalam nota kajiannya Sabtu.

Khazanah (55.2 peratus) dan KWSP (12.3 peratus) meupakan dua pemegang saham utama PLUS.

Khazanah menguasai secara langsung 16.7 peratus kepentingan dalam PLUS dan bakinya 38.5 peratus dimiliki tidak langsung menerusi UEM. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan