RM103.6 Bilion Untuk Projek Pembangunan Dua Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Sebanyak RM103.6 bilion diperuntukkan bagi projek pembangunan di seluruh negara untuk tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata 34.5 peratus daripada jumlah itu adalah bagi meneruskan projek sedia ada, dengan sejumlah RM11.7 bilion disalurkan untuk membangunkan prasarana di kawasan luar bandar.

"Walaupun kira-kira 60 peratus penduduk Malaysia tinggal di bandar, kerajaan tetap memberi perhatian khusus bagi mereka yang tinggal di luar bandar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, Sabtu.

Nor Mohamed berkata kerajaan komited menjadikan pelan pembangunan dalam RMK10 lebih efektif dan memastikan setiap ringgit yang dibelanja dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

"Sebelum kita merangka pelan bagi RMK10, kerajaan telah mendapatkan maklum balas daripada kementerian dan agensi mengenai perancangan mereka untuk tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Beliau juga berkata bagi menjamin kelancaran setiap projek, kerajaan telah mensyaratkan kementerian yang memohon peruntukan, memastikan sesuatu projek itu sedia untuk dilaksanakan.

"Kita tidak mahu ada pihak memohon peruntukan untuk melaksanakan sesuatu projek, tapi bila kita sudah beri peruntukan, projek tidak dapat dilaksanakan berikutan pelbagai masalah seperti tiada tanah dan tempat yang sesuai.

"Bila timbul masalah begini, peruntukan sudah kita bagi, tetapi projek tidak dapat dilaksanakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan